Kehadapan Abang Mat Jul yang dirindui selalu,
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar kekanda di sana. Sudahkah kekanda makan? Adinda cuma makan pisang goreng sdan pukis sahaja malam ini. Adinda belum mandi malam lagi. Malam ini panas rasanya, tetapi adinda malas mahu mandi. Terharu hati adinda kerana kekanda sanggup bergelap semata-mata hanya kerana ingin berskype dengan adinda. Buat pengetahuan kekanda, Ashrin sudahpun terpilih menjadi pelapis gimastik Perak. Adinda sangat gembira mendapat khabar itu.
Kekanda pasti sedang belajarkan? Semoga berjaya dalam ujian yang bakal diduduki tidak lama lagi. Adinda sentiasa mendoakan kejayaan kekanda. Adinda sangat berbesar hati kerana dapat menemani kekanda belajar setiap malam walaupun adinda sudah tahu kelaknya kekanda bakal tertidur sendiri. Semoga usaha kekanda berhasil. Adinda sangat merindui kekanda.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nur Ashikin Binti Ahmad Razali
2 comments:
pukis tu pe? cam sensored je.. hahahaha.. nway.. JIWANG!!!! wakaka
pukis itu adelah sejenis kuih ok! sedap gilaa~ haha. aku jiwang ngan abang mat je lalala~
Post a Comment