i yang paling nerd kanan
Menjadi nerd bukan lah mudah, anda perlu bersengkang mata setiap hari memandangkan peperiksaan adalah setiap 2 minggu. Sengasara? oh tidakk malah saya bahagia menjadi pelajar medic. eh tak ini tipu je. Kalau tahu akan bernasib begini saya pasti akan belajar lebih bersungguh-sungguh lagi. klise kan? itulah hakikat hidup yang kadang-kadang sukar untuk ditelan mentah-mentah. apekah? entah lah saya pun kurang pasti.
Yang pastinya peperiksaan terakhir bagi pelajar tahun kedua perubatan yang nerd seperti saya telahpun berakhir. Yahooo. Sangat gembira walaupun modul renal and body fluids susah juga sebenarnya. Ye lah student pun bleh oedema (bengkak) satu badan setiap hari asyik bercerita tentang electrolyte imbalance. Psycho kan?? Itu belum lagi bercakap tentang kawan-kawan yang sangat LOOUD. Ya, saya maksudkannya. mereka sangat bising dimana sahaja sampaikan ketika beratur masuk ke lab peperiksaan pun sempat menjerit-jerit haih. Psycho psycho.
Semoga saya lulus dengan cemerlang ujian pagi tadi walaupun tak yakin dengan apa yang sudah dijawab. Soalan pathology anatomy sangat susah seperti mahu menghantuk kan kepala ke meja ujian dan tidur sampai jumaat depan T_T. walaupun sudah sedia maklum ini memang salah sendiri kerana belajar last minit tapi nak buat macam mana dah terbiasa macam tu. Tapi kadang kadang hasil ujian pun boleh psycho jugak. Yalah, soalan susah macam tak boleh buat dan sangat yakin harus mengulang tiba tiba hasil nya A. tak ke aneh tu?
No comments:
Post a Comment