Monday, June 8

Wahai kude laut, we all tak nak war la!!

i found this in BH online today. this is the proves that MALAYSIAN don't want to fight with anybody. its not safe in here. GOD show us the truth! PLEASE stop discriminating.

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiba masanya untuk mengubah idea mengenai perang sebagai jalan penyelesaian kepada pertikaian dan konflik antara negara

"Sebagai masyarakat yang bertamadun, kita tidak dapat menerima pembunuhan semasa perang sama seperti kita tidak boleh menerima pembunuhan dalam masyarakat semasa dalam keadaan aman

"Pembunuhan dalam perang mesti dianggap sebagai jenayah sama seperti pembunuhan dalam keadaan aman sebagai jenayah supaya mereka yang melancarkan perang yang membawa kepada pembunuhan mesti dianggap sebagai penjenayah dan dihukum sebagai penjenayah," katanya dalam ucapan selepas dianugerahkan Doktor Kehormat Kemanusiaan oleh Limkokwing University of Creative Technology, yang disampaikan Presidennya, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata sepanjang dalam sejarah, manusia membunuh di antara satu sama lain dalam usaha untuk menyelesaikan konflik tetapi semasa zaman primitif ia merupakan penyelesaian muktamad kerana manusia tidak tahu suatu yang lebih baik kerana mereka tidak mempunyai duta besar atau diplomat atau mereka tidak mempunyai cara untuk mendapat penghakiman undang-undang seperti merujuk kepada mahkamah undang-undang



No comments: