Monday, November 7

Dari PKPMI Pusat untuk semua Malaysian Students in Indonesia.

Pkpmi Pusat wrote:

Pernyataan Rasmi PKPMI : Dengan ini kami PKPMI Pusat ingin memberitahu kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia, dukacitanya kami mengkhabarkan bahawa seorang pelajar kita di Malang berbangsa India (nama dirahsiakan atas permintaan pimpinan PKPMI Malang ) telah mati dibunuh petang tadi. Pelajar dibunuh sewaktu beliau cuba untuk menghalang pencuri daripada mencuri motor beliau di dalam rumah.

YDP PKPMI Malang telah mengkhabarkan berita yang sangat buruk ini kepada kami dan sekarang sedang menguruskan jenazah untuk persiapan membawa pulang jenazah ke Malaysia

Mari rakan-rakan kita doakan keselamatan buat rakan kita di sana dan juga buat arwah. Kejadian ini adalah satu kejadian yang tragik yang akan meninggalkan kesan yang mendalam buat pelajar di Malang khususnya dan seluruh Indonesia umumnya

Apa yang daripada PKPMI mengharapkan bahawa rakan-rakan Malaysia di seluruh Indonesia dapatlah menjaga keselamatan diri rakan-rakan. Kes ini akan diambil sangat serius oleh kami, EMI dan juga KPT.

Terima kasih

Ps, reminder to ownself, ajal maut di tangan Tuhan. Deepest condolence to his family and friends, may he rest in peace.
Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL!

No comments: